in

PPV Sekitar Lembah Klang Mula Ditutup Secara Berperingkat

Putrajaya: Kadar vaksinasi sudah menghampiri sasaran ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang akan mula ditamatkan beroperasi secara berperingkat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta sudah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam membantu kerajaan mencapai sasaran vaksinasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Berikutan itu kita akan menutup PPV ini secara beransur-ansur dan pengamal perubatan swasta kini sedang giat mempersiapkan keperluan vaksinasi Covid-19 untuk masa hadapan,” katanya menerusi Twitter.

Dr. Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi pada masa depan seperti memberikan suntikan vaksin kepada pendaftar baharu MySejahtera yang layak, individu berusia 12 hingga 17 tahun dan suntikan penggalak vaksin.

Dengan demikian, KKM menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam menambah pembelian sebanyak 6 juta dos vaksin lagi bagi mempertingkatkan serta memperluaskan lagi liputan program vaksinasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehingga 22 Ogos 2021, sejumlah 6,641,887 (107.7%) populasi dewasa telah menerima suntikan dos pertama manakala 5,014,230 (81.3%) individu telah pun melengkapkan dua dos vaksinasi di Lembah Klang.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Agong perkenan pelantikan Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9

Lisa Blackpink kini terbitkan album solo