in ,

Polis tahan 10 suspek tetak Dr Wan Hassan

KUALA LUMPUR: Seramai 10 individu yang disyaki terbabit dalam dua kes samun termasuk rumah Bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, sudah ditahan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis.

“Ya ada tangkapan, setakat semalam 10 orang termasuk suspek utama kes ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita, hari ini.

Satu sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengenai kes dan tangkapan itu dijangka diadakan, hari ini.

BH semalam melaporkan Wan Hassan maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan. – BHarian

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bob Lokman berdepan risiko mati mengejut

Cita cita Azmin Ali menjadi Perdana Menteri – Tun M