in

Polis nafi guru meninggal dunia kerana suntikan Vaksin COVID-19

Maklumat yang tular menerusi media sosial mengenai seorang guru berusia 54 tahun, meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19 adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed memberitahu wanita itu mengalami sawan semasa berada di rumah dan terus dibawa ke hospital Port Dickson pada 1 April untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada hari berikutnya.

Beliau berkata, “berita tular ini tidak benar dan pihak polis menafikan punca kematian mangsa disebabkan oleh pengambilan vaksin pada 30 Mac lepas.

Jelasnya lagi, “ini kerana siasatan awal pihak hospital mendapati mangsa yang meninggal dunia mempunyai rekod rawatan penyakit kronik iaitu sakit kencing manis, jantung dan darah tinggi sejak setahun lalu”.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan berita yang tidak benar yang boleh mengelirukan masyaraka.

Walau bagaimanapun, tindakan tegas akan diambil dibawah Seksyen 233 akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Penggunaan teknologi hijau dan penyelenggaraan untuk jangka masa panjang’- Zuraida

Sesi persekolahan dapat diteruskan dengan mematuhi SOP