PM UMUM LANGKAH TERBARU TANGANI COVID-19 ISNIN

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan langkah terbaharu kerajaan dalam menangani Covid-19 di Malaysia pada Isnin ini.

Di dalam sidang media itu, Ismail Sabri terus menegaskan komitmen kerajaan dan mengambil maklum kebimbangan orang ramai berkenaan kenaikan mendadak kes positif Covid-19.

Beliau menyedari terdapat banyak maklumat tular di laman media sosial kononnya tindakan yang lebih ketat diambil oleh kerajaan untuk mengawal penularan wabak tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan sama ada perkara yang ditularkan itu benar atau sebaliknya.

Berita selanjutnya menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *