PM RANCANG PRU-15 SELEPAS VAKSIN COVID-19 DIEDARKAN

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setelah pandemik Covid-19 berjaya diredakan dengan pengagihan bekalan vaksin kepada rakyat selesai.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman menerangkan bahawa perkara itu diluahkan Muhyiddin sewaktu mesyuarat khas MPT Bersatu, Selasa lalu.

“Bersatu memang mahukan PRU15 lebih awal, bahkan Presiden parti (Muhyiddin) mendedahkan dalam mesyuarat MPN yang beliau mahu mengadakannya setelah Covid-19 reda dengan bekalan vaksin mula diagihkan kepada rakyat.”

“Kerajaan menjangkakan pandemik itu mula terkawal dengan bekalan vaksin mula diedarkan selewat-lewatnya suku kedua tahun ini.”

Tambah beliau, Bersatu tidak gentar hadapi pilihan raya dengan Muhyiddin sendiri sedar demokrasi sahaja akan memastikan kerajaan baru yang lebih stabil.

Berita selanjutnya menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *