in , ,

PKPB: 10 jalan ditutup, 5 SJR di Mukim Klang

Police officers check vehicles at a roadblock to ensure that people abide by the movement control order in downtown Kuala Lumpur, Malaysia Thursday, March 19, 2020. Malaysian government issued a movement order to the public starting from March 18 until March 31 to block the spread of the new coronavirus. For most people the new coronavirus causes only mild or moderate symptoms, but for some it can cause more severe illness. (AP Photo)

KLANG: Polis melaksanakan penutupan jalan membabitkan 10 lokasi selain lima sekatan jalan raya (SJR) di

Klang Selatan dan Klang Utara susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa tengah malam tadi sehingga 23 Oktober depan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata bagi kawasan Klang Selatan, tiga SJR diadakan dan tujuh jalan ditutup membabitkan kawasan Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas.

“SJR di kawasan Bukit Tinggi membabitkan Persiaran Pegaga (Berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (Berhadapan 99 Speedmart).

“Jalan yang ditutup membabitkan Jalan Batu Unjur 9, jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn Bhd dan lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

“Bagi Taman Sri Andalas pula, SJR dilaksanakan di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail, manakala jalan yang ditutup adalah berhadapan Masjid Ar Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke kawasan Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran dari polis malah Balai Polis Bergerak disediakan di dua lokasi terbabit.

“Tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke lain-lain kawasan di daerah Klang setakat ini (tertakluk kepada perubahan semasa),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata dua SJR didirikan di kawasan Kampung Kuantan membabitkan Jalan Bukit Kuda (Depan Emy Cookies & Food) dan Jalan Bukit Kuda (Simpang Lorong Lintang Raksa 2).

“Jalan yang ditutup adalah Lorong Perak, Jalan Raksa 3 – Depan Jihas Bakery dan Jalan Raksa 4,” katanya.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bekas pengumpul dana Trump, Elliott Broidy, didakwa melakukan lobi haram terhadap 1MDB

PCS tidak bertanding PRK Batu Sapi