in

PKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula esok

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula esok 7 hingga 20 Mei ini.

Keputusan melaksanakan PKP di Kuala Lumpur setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

“Procedure Operasi Standard (SOP) PKP di Kuala Lumpur sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tidak boleh merentas negeri kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

“Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga tengah malam sahaja.

“Makan di kedai adalah tidak dibenarkan, hanya untuk dibungkus untuk dibawa pulang, katanya.

Tambah Ismail Sabri, kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian dan farmasi serta stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24jam.

Walau bagaimanapun, bazar Ramadan di Kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat, namun tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa tempatan.

https://www.facebook.com/MKNJPM/posts/3372147226221493

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Egypt bans the celebration of Aidilfitri

Senior citizen compounded RM5000