in

PKP seluruh negara bermula esok-PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula esok (12 Mei 2021) sehingga 7 Jun ini.

Menurut beliau hal ini berdasarkan kepada trend kes harian COVID-19 yang semakin meninkat dan kerajaan mengambil Langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat.

Justeru, pelaksanaan larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

“Larangan semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi tidak dibernarkan. Katanya dalam sebuah kenyataan.

Walau bagaimanapun, sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

Manakala, SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam PKP akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Son attacked mother with a knife during tarawih prayer

Tidak selesa dengan kerajaan secara moral letakkan jawatan