in

Pimpinan PAS dilihat berada di Ibu Pejabat UMNO

Ahli Parlimen daripada parti PAS dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn.

Antara pemimpin yang hadir kelihatan Naib Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Mereka merupakan Ahli Jemaah Kabinet dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan sama ada pertemuan tersebut bagi membincangkan calon Perdana Menteri ke-9.

Terdahulu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dan kini menjalankan tugas sebagai caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Muhyiddin to serve as caretaker until a new Prime Minister is appointed

Amat malang negara ditadbir pemimpin yang mewarisi kegagalan