TAWAU: Walaupun kes positif COVID-19 di Sabah menyaksikan peningkatan ketika ini, Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diteruskan, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Kecuali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, sekiranya hasil keputusan Mahkamah Rayuan yang mencabar perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, memihak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman.
“Undang-undang jelas, bahawa apabila berlakunya pembubaran Dewan, kita perlu adakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari, kecuali kalau sekiranya ada keputusan di sebaliknya.
“Oleh sebab itulah, di mahkamah sekarang ini ada dua kes. Satunya, kes yang mencabar kesahihan pembubaran oleh TYT yang terbaru. Kes yang kedua, kes yang telah lama,” katanya, merujuk kepada kes tahun 2018.
Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan prosiding rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk Musa, untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran DUN oleh TYT pada 30 Julai lepas.
Hakim menetapkan prosiding berkenaan disambung hari ini.
Namun, kata Takiyuddin, bagi meneruskan PRN Sabah, kerajaan harus menyediakan satu kaedah yang lebih selamat bagi memastikan tiada penularan COVID-19 berlaku di kalangan pengundi.
Fizz Aziz

By Fizz Aziz

Editor at Big Blue TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *