in

[PILIHAN SABAH] “Orang yakin dengan kita” – Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Oleh Fizz Aziz

“Orang yakin dengan kita sebab penerangan yang jelas” ,itu yang dijelaskan oleh Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapannya di The Palace Hotel, Sabah bersempena dengan Pelancaran Group Sebaran Informasi Keadilan (GASA) hari ini.

Anwar dalam ucapannya  juga berkata, isu nasional tidak penting bagi rakyat Sabah, untuk menghadapi Pilihanraya Negeri akan datang, namun isu tempatan harus di titikberatkan.

Keadilan yang masih menyusun jentera untuk menghadapi PRN Sabah akan meletakkan orang orang berpengalaman untuk membantu kerusi yang akan ditandingi PKR. Tambahnya lagi, Keadilan merupakan negeri kedua teramai di Malaysia selepas Selangor.

Turut hadir perasmian ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, selain dari ketua ketua cabang PKR.

Dalam majlis itu juga, sebanyak dua ribu borang keahlian dibuka untuk sesiapa yang ingin menjadi ahli Keadilan.

Pilihanraya Negeri Sabah yang akan bemula pada 12 September 2020 ini ,iaitu bermula dengan penamaan calon, dan 26 September 2020 untuk sesi pembungan undi bakal menjadi satu pilihanraya negeri yang terbesar, disebabkan semua parti akan tertumpu kepada negeri sabah.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HIBURAN: Zulkifli Zain meninggal dunia

Saya selesa dengan Pas, dan UMNO berbanding Anwar Ibrahim – Azmin Ali