in

[PILIHAN SABAH] Bersih 2.0 dilancar sempena PRN Sabah

Bersih 2.0 dilancarkan atas faktor untuk memantau PRN Sabah. Bersih 2.0 ini akan menggerakkan pemantau rakyat bagi memantau perjalanan Pilihanraya Negeri Sabah kali ke-16 yang akan diadakan daripada 12-26 September 2020. Pemantauan salah laku pilihanraya ini sebenarnya telah pun dimulakan sebaik sahaja pembubaran DUN diistiharkan oleh Ketua Menteri Sabah Dato Seri Mohamad Shafie Apdal.

Ia bertujuan untuk memantau bagi memastikan hak pengundi sabah dihormati dan pilihanraya negeri dijalankan dengan bersih , bebas dan adil Serta wujud padang permainan sama rata untuk semua calon dan parti politik. Ianya perlu bebas daripada salahlaku dan pembelian undi untuk menunjukkan kehendak sebenar orang Sabah dalam keputusan pilihanraya.

Bersih 2.0 akan menghantar pemantau Pilihanraya di 27 kawasan Dewan Undangan Negeri daripada keseluruhan 73 DUN di Sabah yang akan memantau kempen pilihanraya calon calon dan parti parti politik dan perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya secara fizikal. DUN yang dipilih adalah DUN yang dianggap panas serta Kawasan tokoh tokoh politik utama di Sabah. Selai itu, kami juga akan memantau perjalanan kempen secara atas talian untuk kesemua kawsan DUN Sabah.

Pemantauan ini akan meliputi Penamaan Calon, tempoh berkempen, hari mengundi pengiraan undi dan sehingga pengumuman keputusan pilihanraya.

 

DISEDIAKAN OLEH, FIZZ AZIZ.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MALAM INI BERSAMA FIZZ AZIZ

COVID-19: Kes baharu melonjak kepada 62 kes, sebahagian besar di Kluster Benteng Lahad Datu