in ,

Pilih bersalin di Australia, Zahirah dan Aiman akan pulang ke Malaysia bertiga

Pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka di Perth, Australia.

Berkongsi perkara itu di Instagram (IG) Story masing-masing, mereka yang dalam perjalanan ke Perth turut menitipkan pesan buat peminat dan pegikutnya.

“Jumpa lagi tahun depan, Malaysia. Kami sayang anda semua, terima kasih atas doa daripada kalian semua.”

“InsyaAllah kami akan pulang bertiga ke Malaysia nanti,” tulisnya.

Pasangan itu berlepas ke destinasi mereka dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) seperti yang dikongsikan oleh Aiman.

Sebelum ini, Zahirah, 25, pernah menyatakan hasrat bahawa ingin bersalin di Perth, memandangkan ibu dan adik-beradiknya menetap di sana.

Malah bapa Zahirah iaitu pelakon Zainol Macwilson turut mengesahkan kedua-duanya pulang ke Perth menerusi IG miliknya.

“Papa doakan semoga kakak serta cucu papa dan menantu selamat sampai dan mohon sama-sama kita doakan keselamatan mereka supaya dilindungi Allah sepanjang masa,” tulisnya di Instagram.

Zahirah dan Aiman selamat bergelar suami isteri pada 20 Februari lalu di Glam Hall, Damansara Perdana.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Saya tidak gila kuasa, minta nasihat pakar untuk adakan PRN-12’

Muhyiddin Yassin menghadap Agong di Kuantan