in ,

Pihak Pendakwaan Tutup Kes Isu Rasuah Rosmah

Menghadapi tuduhan kes rasuah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram hari ini menutup kes Datin Seri Rosmah Mansor selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan.

Setelah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan selepas saksi terakhir bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, Hakim Mohamed Zaini memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujah bertulis sebelum 28 Disember 9 ini.

Perbicaraan kes rasuah Datin Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi mempunyai hubung kait dengan tender membekal dan memasang tenaga solar hibrid di 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Rosmah yang diwakili barisan peguam diketuai Datuk Jagjit Singh, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Beliau didakwa menerima bayaran tersebut menerusi bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Berita selanjutnya menyusul. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Azeez Rahim Loses Defamation Suit Against Lim Guan Eng

Wayang Atau U-Turn? MCA Persoal Kenyataan DAP Enggan Kerjasama Dengan Kleptokrat