in

PH wajar jauhi Tun Dr Mahathir

Ketua Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu menjauhi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)  bagi mengelak perpecahan seperti sebelum ini.

Menurutnya lagi, pendirian itu dibuat bagi memastikan Pakatan Harapan mampu berdiri sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Tun Mahathir dalam usaha menawan semula pentadbiran negara.

Tambahnya lagi, perlu bersedia untuk memperkukuhkan Kerjasama antara tiga parti dalam Pakatan Harapan iaitu, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah tanpa mengaharapkan serta bergantung kepada Tun Dr Mahathir.

“Bahkan PH juga wajar menjauhkan diri dari Tun Dr Mahathir dan kita perlu ingat bahawa penubuhann Pejuang tiada kaitan dengan Pakatan Harapan”, katanya.

Tun Dr Mahathir menubuhkan parti Pejuang dan menolak Kerjasama dengan PH.

Menurut Wan Faizuldin lagi, Parti Pejuang sama sekali tidak memperkuatkan PH.

Malahan, “Parti seperti ini akan menjadi api dalam sekam, jadi PH tidak berminat lagi untuk berkerjasama dengan beliau sebab akar umbi pun sudah melulus usul”.

Jelasnya lagi, penolakan secara keseluruhan cabang di Pahang terhadap Tun Dr Mahathir dan Pejuang amat membanggakan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MN and PN will not be involved in the discussion for targeted seats in Johor

Rapatkan saf berganding bahu memerangi COVID-19-Agong