PH Pertimbang jemputan PM untuk sertai MPN

Pakatan Harapan akan mempertimbangkan jemputan Perdana Menteri Ismail Sabri untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas bagi menangani COVID-19 demi memastikan ia dibuat secara ikhlas untuk menangani pandemik COVID-19.

Selain itu PH juga menyatakan kepentingan dalam menangani ekonomi negara. Tambahnya, kemelesetan ekonomi serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan Kerajaan semata-mata.

Pakatan Harapan juga focus ke arah menjadi Pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab.

Disamping turut membentangkan cadangan-cadangan alternatif yang bersesuaian kepada dasar-dasar Kerajaan terutama berkait usaha menangani COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.

“Pakatan Harapan akan mengutamakan reformasi institusi Parlimen, Fiskal, Perundangan termasuk Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, serta menegaskan kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut dikacau ganggu oleh mana-mana pihak,”dipetik dari sebuah kenyataan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Usaha reformasi institusi mesti diteruskan-PH

PH harap Kabinet baharu komited selesaikan masalah COVID-19