in

PH Kemuka Tiga Nama Untuk Jawatankuasa Bebas Beri Syor Kepada Agong

Pakatan Harapan (PH) telah mengemukakan tidak nama untuk menyertai jawatankuasa bebas bagi memberikan syor kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan darurat iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Meski menyertai jawatankuasa bebas itu, PH sebagai pembangkang tidak akan mengubah pendirian terhadap alasan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam tindakannya mencadang keperluan Ordinan Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami serta majoriti ahli parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan parlimen perlu bersidang segera.”

Pembentukan jawatankuasa bebas itudi perkenankan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk menjadi badan yang mencadangkan jika pelaksanaan darurat wajar ditamatkan lebih awal.

Mengikut pengisytiharan asal Ordianan Darurat, ianya dijangka akan ditamatkan pada 1 Ogos 2021, kecuali jika Baginda Yang di-Pertuan Agong berpendapat sebaliknya. Di dalam tempoh waktu itu juga, perlembagaan dan parlimen digantung.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Saifuddin Puji Selangor, Sindir Kelantan Dan Pulau Pinang

ZAHID TERUS DIDESAK UNTUK LETAK JAWATAN