in ,

PH harap Kabinet baharu komited selesaikan masalah COVID-19

Sesi Pertemuan Perdana Menteri, Ismail Sabri bersama Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) selesai. PH memaklumkan sedia mengambil pendekatan untuk mengetepikan dahulu soal politik.

PH berharap, kabinet baharu komited untuk menyelesaikan masalah COVID-19 serta mewujudkan lebih banyak program bersifat pro-rakyat.

“Kita beri jaminan kalau program pro-rakyat, program penanganan pandemic COVID-19 ini lebih berkesan, maka kita tak ada masalah untuk kita menjamin supaya keadaan lebih terkawal,” Kata Ahli Parlimen Port Dickson.

Antara yang turut hadir pada sesi pertemuan tersebut, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pertemuan tersebut berlangsung selama lebih satu jam, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak bagi membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PH Pertimbang jemputan PM untuk sertai MPN

Pemilik Big Blue Teksi mengaku tidak bersalah, dibenar ikat jamin RM2000