in ,

Pfizer vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan penuh FDA

Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech secara sepenuhnya mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat.

Vaksin tersebut akan dipasarkan sebagai Comirnaty, untuk pencegahan penyakit COVID-19 bagi individu berumur 16 tahun dan ke atas.

Selain itu, Pfizer-BioNtech merupakan vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan penuh FDA.

“Persetujuan FDA terhadap vaksin ini merupakan sejarah Ketika dunia sedang bergelut memerangi COVID-19.

“Pfizer sebelum ini telah memenuhi piawaian saintifik FDA untuk penggunaan kecemasan dan kelulusan penuh ini akan menambah keyakinan orang ramai kerana memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatan yang tinggi,”kata Pemangku Pesuruhjaya Janet Woodcock2.

Penggunaan Pfizer-BioNtech telah diluluskan sejak 11 Disember 2020, dbawah EUA kepada individu berusia 16 tahun ke atas.

Manakala, pada 10 Mei 2021 kebenaran dipertingkatkan kepada individu yang berumur 12 hingga 15 tahun.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAIS tidak kenakan bayaran perkhidmatan uruskan jenazah pesakit Covid-19

Anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, meninggal dunia