in ,

Pesawat pejuang terhempas, seorang anggota TUDM dikhuatiri maut

Kuala Lumpur – Sebuah pesawat pejuang Hawk Mk108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas sewaktu melaksanakan latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang di sini pada malam Selasa.

Memetik satu kenyataan dikeluarkan Markas Tentera Udara, insiden kejadian kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk milik TUDM berlaku pada 16 November lebih kurang jam 10.07 malam.

“Pesawat terbabit dipercayai terhempas semasa mendarat di kawasan landasan pangkalan udara tersebut ketika sesi latihan penerbangan malam atau Night Flying. Seorang juruterbang terselamat, manakala seorang lagi terkorban,” katanya


Menurut kenyataan itu, dua juruterbang yang terlibat di dalam kemalangan tersebut ialah Kapten Mohamad Affendi bin Bustamy dan Mejar Mohd Fareez bin Omar.

“Mohamad Affendi meninggal dunia dalam nahas itu, manakala Mohd Fareez yang cedera berada dalam keadaan selamat serta stabil dan kini diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya,” maklum kenyataan itu.

Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung kemalangan ini.


Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi ciapan di Twitter memaklumkan beliau menerima berita kejadian kejadian itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian. Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

“@MINDEFMalaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” ciapnya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lebih 22 ribu doktor kontrak rancang mogok, letak jawatan beramai-ramai

Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga asing ditumpaskan Imigresen