in

Peruntukan RM680,000 persediaan menyambut Ramadhan- Zuraida Kamaruddin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata peruntukan keseluruhan sebanyak RM680,000 bagi Program Sumbangan  Prihatin Ramadhan, Masjid dan Surau di peringkat Dun Bukit Antarabangsa dan Dun Lembaah jaya.

Menurut beliau lagi, peruntukan itu bagi persediaan menyambut Ramadhan tidak lama lagi.

Pada majlis program tersebut turut hadir sama Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tambah beliau, “Melalui sesi dalam Program Malaysia Prihatin itu saya juga berpeluang memberi penerangan berkaitan pembudayaan norma baharu dan pematuhan SOP bagi membanteras wabak COVID-19 serta menyeru penduduk-penduduk di kawasan tersebut untuk mendaftar vaksinasi COVID-19”, tulisnya.

Ahli Parlimen Ampang itu juga berharap agar, “bantuan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban terutama bagi keperluan masjid dan surau untuk menjelaskan bil-bil utiliti serta lain-lain keperluan kecil”, tulisnya lagi.

Beliau berkata, hal ini berikutan kutipan tabung masjid dan surau solat Jumaat berkurangan disebabkan pematuhan SOP sepanjang pelaksanaan PKP sejak 18 Mac tahun lepas.

Beliau, turut mengucap selamat menyambut Ramadhan melalui hantaran Facebook miliknya.

https://www.facebook.com/watch/?v=1387243958299795

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Annuar Musa: I was suspicious since August Last year

I believe more vile games like this will be done to further destroy UMNO – Zahid