in ,

Persembahan dikecam, Nuha Bahrin mohon maaf

Nama peserta Nuha Bahrin menjadi tular di media sosial baru-baru ini, apabila persembahan peserta program realiti TV3, Vokal Mania itu mendapat kecaman ramai dan kurang memuaskan hati netizen.

Namun begitu program yang bersiaran pada malam Sabtu lalu itu, berjaya menobatkan Nuha sebagai Rookie of The Week untuk persembahan pada minggu kedua.

Persembahan itu diadili oleh 70 peratus undian awam dan selebihnya oleh dua juri tetap, Yusry Abdul Halim dan Misha Omar.

Mempersembahkan lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah, video nyanyian Nuha yang dikatakan seperti ‘gila meroyan’ terus meraih perhatian netizen terutamanya di kalangan pengguna Twitter.

Sedar akan perkara itu, Nuha membuat hantaran di Twitter miliknya.

Nuha berkata, dia sedar persembahannya teruk pada malam berkenaan.

“Salam semua, saya sedar persembahan saya teruk pada malam itu. Saya membiarkan perasaan gemuruh mengawal saya pada ketika itu. Kepada semua yang beri nasihat kepada saya. Terima kasih semua dan kalau boleh anda doakan saya untuk buat lebih baik selepas ini,” tulisnya.

Vokal Mania menampilkan 24 penyanyi amatur (rookie) yang akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (idol) yang terdiri daripada Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo.

Rancangan ini dihoskan oleh Datuk Ac Mizal dan Azira Shafinaz.

Program itu juga disiarkan secara langsung menerusi TV3 setiap hari Sabtu, jam 9 malam.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Neelofa dirisik PU Riz?

Semak undang-undang pilihan raya sedia ada – ERC