in ,

Pernah sumbang, Nabila tetap mahu menyanyi

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Menyanyi sumbang ketika malam Anugerah Juara Lagu Mac lepas, Nabila Razali tidak menyerah kalah. 

Nabila, 28, berkata kecaman warga maya tidak pernah berhenti maka ia dijadikan sebagai pembakar semangat, lapor Kosmo.

“Jika baca tentang kecaman orang mengenai vokal saya memang tidak akan pernah habis tetapi semua itu tidak pernah patahkan semangat saya sebab nyanyian sudah menjadi sebahagian daripada diri saya.

“Bila diingat semula, memang pahit untuk ditelan, namun untuk mengalah tidak sesekali.

“Mengapa pula saya perlu berhenti menyanyi hanya kerana kritikan warga maya? Ini cita-cita saya,” katanya.

Nabila berkata segala kecaman yang diterima dilihat dari sudut positif sebagai pembakar semangat.

Katanya, kecaman berkenaan diambil sebagai cerminan demi memperbaiki diri pada masa depan. 

“Rasanya tanpa kecaman dan kritikan, saya pun tidak akan sedar silap sendiri.

“Apabila orang perasan semua kesalahan dan ingatkan saya tentang kekurangan, itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk jadi lebih baik.

“Jika tiada orang tegur susah juga, nanti saya rasa saya nyanyi sedap saja,” katanya kepada portal sama.

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KL bukan Perlis, Khalid pertikai usaha Shahidan

PM: Rentas negeri mulai esok, pastikan vaksin dua dos