in ,

Permohonan jaminan anak SRK ditolak, Aryan dihantar ke penjara

Kuala Lumpur – Mahkamah Mumbai pada Sabtu lalu, menolak permohonan jaminan ke atas Aryan Khan, anak kepada pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan (SRK), dalam kes melibatkan penyalahgunaan dadah.

Aryan, 23, akan terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai. Bagi situasi itu, pihak berkuasa memerlukan kebenaran dari pihak mahkamah untuk melakukan soal siasat.

Memetik laporan portal Money Control, Ketua Majistret Metropolitan, R M Nerlikar berkata, pemohonan jaminan ditolak kerana beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan itu dan hanya mahkamah khas yang boleh mendengar serta meluluskan permohonan tersebut.

Pihak Narcotic Control Bureau (NCB) sebelum ini turut membantah dengan menyatakan hanya mahkamah khas sahaja yang boleh mempertimbangkan permohonan jaminan melibatkan kes penyalahgunaan dadah dan bahan psikotropik.


Sejak anak lelakinya ditangkap serta ditahan di penjara, SRK dikatakan mengalami tekanan malah tidak tidur dan juga makan.

Di sebalik tabir, pelakon mashyur membintangi pelbagai filem box office Hindustan antaranya Kuch Kuch Hota Hai itu cukup dikenali ramai sebagai seorang yang sangat sayangkan keluarga terutama isteri dan anak-anaknya.

Menurut rakan baik SRK, penahanan Aryan menyebabkan Raja Bollywood itu berasa kecewa dan marah. Malah dia merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa untuk membantu anaknya melainkan mengupah peguam terkenal dan termahal di Bollywood, Satish Maneshinde.

Terdahulu pada 3 Oktober, NCB telah melakukan serbuan ke satu parti diadakan di atas sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai dan menahan lapan individu termasuk Aryan bersama dua rakannya iaitu pelakon Arbaz Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Memetik laporan portal The Times of India, dalam serbuan itu pihak NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lebih 37 ribu usahawan gulung tikar sepanjang pandemik COVID-19

Pegawai polis pinjam RM100,000 beli pangkat superintenden