Belgium: Perlumbaan Formula 1 Rolex Belgian Grand Prix 2021 berlangsung di litar Spa-Francorchamps semalam merupakan antara perlumbaan paling aneh pernah terjadi dalam sejarah Formula 1 setelah perlumbaan terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat.
Perlumbaan dimulakan semula selepas kira-kira 3 jam kemudiannya, namun pelumba sekali lagi hanya berkesempatan untuk melakukan dua pusingan Formation Lap dari posisi belakang Kereta Keselamatan sebelum pihak penganjur akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan keseluruhan perlumbaan atas dasar keselamatan.
2021 Belgian Grand Prix menampakkan pemandu Red Bull Racing Honda, Max Verstappen di tempat pertama manakala pemandu Mercedes-AMG Petronas F1, Lewis Hamilton di kedudukan ketiga dan menjadi kemenangan manis buat pemandu Williams Mercedes, George Russell setelah meraih podium sulungnya di tempat kedua.
Para pemenang layak masing-masing telah diberikan setengah mata setelah berjaya melengkapkan kurang 75 peratus daripada jarak perlumbaan asal dan perlumbaan seterusnya, Formula 1 Heineken Dutch Grand Prix 2021 akan menyusul di Belanda pada 5 september ini.