in

Perlumbaan MotoGP Malaysia dibatalkan buat kali kedua

Harapan para peminat sukan permotoran tempatan untuk menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak kesampaian apabila acara tersebut yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini dibatalkan berikutan situasi semasa negara.

Pembatalan berkenaan rasmi diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) serta pemegang hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP, Dorna Sports.

Menurut kenyataan dari Dorna Sports, keputusan itu terpaksa dibuat berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 serta sekatan pejalanan dilaksanakan Malaysia.

FIM, IRTA dan Dorna Sports mengesahkan saingan tersebut akan kembali ke Litar Misano pada 22 hingga 24 Oktober nanti malah berharap selepas ini perlumbaan MotoGP Malaysia dapat diadakan pada musim 2022 akan datang.

Terdahulu, MotoGP Malaysia 2020 yang sepatutnya diadakan di SIC pada 30 Oktober hingga 1 November tahun lalu telah dibatalkan susulan situasi sama.

Malahan, sesi Ujian Rasmi MotoGP Sepang yang diadakan pada awal Februari tahun ini juga turut terkesan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PBB komited bantu penduduk Afghanistan

Maria Andrejczyk Lelong Pingat Olimpik Miliknya