in , ,

3 perkhidmatan media sosial terkemuka dunia tergendala

Kuala Lumpur: Pengguna perkhidmatan media sosial gergasi iaitu Facebook, Instragram dan WhatsApp berhadapan masalah apabila ketiga-tiga laman popular tersebut tergendala sejak Isnin malam.

Pihak Facebook turut mengeluarkan kenyataan di Twitter dan mengakui prihatin terhadap perkara yang berlaku.

“Buat masa ini, kami sedar terdapat sebilangan pengguna aplikasi serta produk kami mengalami masalah.

“Kami sedang berusaha untuk memulihkan isu tersebut kepada normal semula dan memohon maaf atas segala kesulitan ini,” maklum pengendali Facebook menerusi hantaran di Twitter.

Berdasarkan laporan DownDetector, masalah itu dikesan berlaku pada 4 Oktober jam 11.30 malam (waktu Malaysia) bagi ketiga-tiga perkhidmatan terbabit.

Laporan itu turut menyatakan bahawa lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan tersebut sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan itu.

Berdasarkan perangkaan awal, seramai 43 peratus pengguna menghadapi masalah akses manakala 27 peratus pengguna lagi gagal menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, punca masalah masih belum diketahui dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan lagi setakat ini daripada pihak penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan.

Gangguan serangkai Whatapp, Instagram dan Facebook itu bukan kali yang pertama dan tidak menghairankan apabila ketiga-tiga perkhidmatan tersebut sering menimbulkan masalah serentak, kerana ketiga-tiga perkhidmatan itu berada di bawah syarikat yang sama, iaitu Facebook.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RM165,000 dalam akaun bank hilang dicuri rakan

Sindiket proses dan edar dadah sekitar Lembah Klang serta Perak tumpas