in

Perkhidmatan Tajuddin sebagai pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan serta-merta.

Hal tersebut disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial semalam.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan YB Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa serta-merta.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah YB datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” tulisnya dalam surat tersebut semalam.

Selasa lalu, Tajuddin mendapat kecaman ramai pihak susulan kenyataannya yang dikatakan tidak bersimpati dengan mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya Ketika mengadakan siding media selepas melawat lokasi kejadian.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Police investigate Tajuddin not wearing a mask

Tajuddin sahkan terima surat penamatan