in , ,

Perkhidmatan media sosial tergendala, kekayaan Mark Zuckerberg susut AS$6 bilion

Kuala Lumpur: Gara-gara gangguan berlaku pada platform perkhidmatan media sosial Facebook, Instragram, WhatsApp dan Messenger dalam hanya beberapa jam pada malam Isnin lalu, telah menyebabkan kekayaan peribadi milik Mark Zuckerberg merosot lebih AS$6 bilion atau bersamaan RM25.1 bilion.

Menurut laporan Bloomberg, perkara tersebut telah menyebabkan pengasas bersama Facebook itu, terjatuh satu anak tangga dalam senarai individu terkaya dunia.

Malah, penjualan saham Facebook Inc secara besar-besaran turut menjadi faktor penyumbang rangkaian perkhidmatan media sosial itu jatuh 4.9 peratus, tambahan pada kemerosotan sebanyak 15 peratus yang dialami syarikat tersebut sejak pertengahan September.

Sebelum ini, kekayaan Mark bernilai AS$140 bilion namun merosot kepada AS$121.6 bilion disebabkan kejatuhan harga saham dan kini beliau berada di bawah kedudukan Bill Gates dalam senarai Indeks Jutawan Bloomberg.

Lewat 4 September lalu, ribuan pengguna Facebook, Instragram, WhatsApp serta Messenger berdepan masalah apabila perkhidmatan media sosial popular dunia itu tergendala dalam kejadian yang disifatkan sebagai ‘masalah teknikal terbesar pernah berlaku’.

Bagaimanapun, kesemua perkhdimatan berkenaan kembali pulih dan beroperasi semula setelah hampir enam jam, namun punca masalah masih tidak didedahkan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Damok hampir melangkah ke Kejuaraan Dunia Moto3

Gugur Keahlian ADUN Telok Mas serta-merta