in ,

Perintis, ikon dan legenda F1, Sir Frank Williams meninggal dunia

London – Pengasas salah satu pasukan paling berjaya dalam sejarah sukan perlumbaan Formula One (F1), Sir Francais Owen Garbett Williams atau lebih dikenali sebagai Sir Frank Williams meninggal dunia di usia 79 tahun, pada Ahad 28 November.

Sebelum ini, Sir Frank dikejarkan ke hospital tetapi dilaporkan dalam keadaan stabil namun keadaan kesihatannya dirahsiakan. Dia telah menggunakan kerusi roda sejak cedera dalam kemalangan di Perancis pada 1986.


Mendiang julung kali memperkenalkan pasukan baharu Williams Grand Prix Engineering pada tahun 1977 dan sehingga 1997, pasukan bimbingannya telah berjaya merangkul sembilan kejuaraan pengeluar dan tujuh kejuaraan pemandu.

Anak perempuannya, Claire mengambil alih selaku timbalan team principle sejurus Sir Frank meletak jawatan dari pengurusan Williams dan tidak lagi terbabit dalam pasukan pada tahun 2012.

Setelah 43 tahun setia bersama pasukan itu, beliau dan keluarganya menamatkan pembabitan dalam arena F1 selepas menjualnya kepada Dorilton Capital pada September tahun lalu.


Menurut satu kenyataan dikeluarkan Williams F1, seluruh  pasukan amat berdukacita atas pemergian pengasasnya, Sir Frank Williams. Beliau adalah seorang legenda dan ikon yang akan sentiasa dikenang dalam sejarah F1.

“Beliau seorang yang baik serta perintis sejati yang sangat meminati F1 dan perlumbaan. Pemergiannya menandakan berakhirnya era bagi pasukan kami dan sukan F1,” kata kenyataan itu.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang Ke-257 rasmi selesai

Tingkat intervensi kesihatan awam, cegah varian Omicron