in ,

Perikatan Nasional Tubuh Majlis Presiden

Perikatan Nasional (PN) hari ini sebulat suara bersetuju menubuhkan Majlis Presiden yang diketuai ketua parti kesemua ahlinya dari United Malays National Organisation (UMNO),  Parti Islam Se Malaysia (PAS), Malaysian Chinese Association (MCA), Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Menurut Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin, platform tersebut wujud untuk membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama sedia ada di antara parti dalam kerajaan.

Dipengerusikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin, mesyuarat tersebut turut meluluskan penubuhan sekretariat yang dianggotai setiausaha-setiausaha agung parti dalam PN.

Pada mesyuarat itu juga, parti-parti dalam PN membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Antara Presiden parti yang hadir di dalam mesyuarat itu adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (SUPP), dan Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS), serta wakil-wakil Presiden dari parti yang lain.

Parti-parti yang menanggotai PN hari ini adalah UMNO, PAS, MCA, MIC, SUPP, PBS, PRS, PBRS, SAPP, PDP dan STAR.

Berita selanjutnya menyusul

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rakan Politik Ziarah Tun Rahah Di Hospital

Asyraf Wajdi: UMNO Tidak Sertai PN, Tapi Dukung Kerajaan PN