in , ,

Perhimpunan BERSIH 1.0 dituduh terima sumber luar negara

Kuala Lumpur: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), telah dituduh terima sumbangan dana daripada National Democratic Institute (NDI) dan National Endowment for Democracy (NED) milik Amerika Syarikat (AS) termasuk organisasi luar negara lain bagi menggerakan aktiviti badan tersebut, menerusi kenyataan video yang disiarkan di saluran berbayar Patreon.

Difahamkan, pihak AS telah melakukan injekulasi dana berkenaan sebagai sebahagian usaha campur tangan untuk memporak-perandakan lagi krisis politik dalaman negara-negara serantau dengan tujuan utamanya adalah mengepung serta menyekat keseluruhan China.

Perhimpunan BERSIH 1.0 yang ketika itu disertai seramai lebih 50,000 orang diadakan pada Oktober 2007, dipercayai turut dituduh telah dibiayai menerusi sokongan ihsan AS tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, BERSIH 1.0 tiada hubungan dengan NDI atau mana-mana organisasi asing lain pada tahun 2006, walaupun ketika itu kami tidak cukup kuat (dengan sumber sangat terhad) untuk menyebarkan sayap ke Sabah serta Sarawak.

“Walaupun terpaksa mengharungi bermacam halangan, protest aman BERSIH 1.0 yang berarak dari Dataran Merdeka hingga ke Istana Negara bagi menyerahkan momerandum kepada wakil Seri Paduka Baginda itu, semuanya adalah 100 peratus usaha rakyat Malaysia,” bidasnya menerusi kenyataan dilemparkan pada media sosial beliau.

Menurut Ronnie Liu, BERSIH 1.0 dibentuk untuk reformasi pilihan raya yang bersih dan adil dan pastinya tidak tertumpu pada perubahan rejim seperti yang dituntut oleh penyampai video tersebut.

“Sebagai pengasas bersama BERSIH 1.0, saya harus menjelaskan fakta, bahawa segala tuntutan protest berkenaan telah ditulis dengan jelas dalam momerandum serta pada baju-T kuning kami.

“Saya menyerahkannya perkara ini kepada pihak BERSIH 2.0 bersertakan mereka yang lain disebutkan dalam laporan untuk tindak lanjut. Saya rasa mereka harus bertindak memandangkan tuduhan itu serius,” tegas beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

26 guru di Perlis masih enggan terima vaksin COVID-19

Otai Reformis 1998 gesa kerajaan siasat peningkatan kes kematian BID COVID-19