in ,

Perdana Menteri rancang jadikan Kilang sebagai PPV

Kuala Lumpur: Kilang-kilang sepatutnya menyumbang kepada percambahan ekonomi, bukannya pusat penyebaran Covid-19. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan agar semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

“Saya telah berjumpa serta berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak lagi perlu beratur dan menyebabkan kesesakan di PPV, sebaliknya boleh mendapatkan vaksin terus di tempat mereka bekerja,” maklum beliau ketika hadir melawat latihan ketenteraan Para Predator Siri 1/2021 di Bera pada Sabtu lalu.

Menurutnya, pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80% kadar vaksinasi.

“Pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan dipertingkatkan dalam masa terdekat supaya rakyat tidak perlu menunggu lama, cukup sekadar 15 minit di dalam kereta dan boleh terus dapatkan dos suntikan,” tambah beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kabinet baharu bagaikan ‘kitaran semula’-Anwar Ibrahim

31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri angkat sumpah hari ini