in , ,

Perbicaraan Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi di sambung hari ini

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 tuduhan diteruskan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan pasukan pembelaan menyambung hujah.

Beliau dilihat tiba ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar jam 8.30 pagi tadi bersama ditemani anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan penyokong.

Perbicaraan kes kini di peringkat penghujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan.

Zahid Hamidi, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 27 pengubahan wang haram, 12 kes pecah amanah dan 8 kes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu didakwa telah menggunakan dana tersebut untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit serta lesen kenderaan persendirian, polisi insurans, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada sebuah persatuan bola sepak tempatan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan yang dilakukan antara 13 Januari 2014 hingga 11 Januari 2016 itu.

Presiden UMNO itu turut didakwa atas 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi tersebut secara langsung yang melibatkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 hingga 2018.

Beliau kemudian kelihatan meninggalkan mahkamah jam 1.00 tengah hari dan perbicaraan kes akan bersambung pada 13 September petang hadapan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Satu dunia lupa siapa identiti Spider-Man sebenar?

Pelan komprehensif pembukaan persekolahan secara semuka akan diumumkan