in ,

Perbicaraan kes Muhammad Adib tamat hari ini

Kuala Lumpur: Perbicaraan bagi kes kematian bekas anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban tiga tahun lalu, dalam perbicaraan terakhir di mahkamah hari ini.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbicaraan itu melibatkan 18 individu yang terlibat dalam rusuhan tiga tahun lalu termasuk 12 suspek lain yang turut dipanggil.

“Seramai 18 individu telah dituduh dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan perbicaraan masih berjalan sehingga 23 September hari manakala dua individu telah dituduh di bawah Seksyen 427 iaitu khianat dan dikenakan denda RM7,000 setiap seorang.

“Polis Diraja Malaysia juga telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan 12 suspek yang turut ditahan berkaitan kes ini untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya, pada 27 November 2018.

Rakyat Malaysia diajak untuk sama-sama mendoakan agar keadilan menyebelahi Allahyarham Muhammad Adib, dalam perbicaraan terakhir di mahkamah hari ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Operasi premis perniagaan ditambah panjangkan

Sumbangan petrol percuma kepada food riders dan frontliners