in

Penyelaras disetiap Parlimen memperkuatkan PN

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar menegaskan menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN). sekiranya terdapat usaha melantik seorang penyelaras di kerusi Parlimen yang dimenangi beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru, Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional Selangor, Muhammad Hilman Idham menegaskan, Tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu perlu difahami selain untuk memperkukuhkan Perikatan Nasioanl (PN).

“Mungkin Noh beranggapan bahawa perbincangan yang sedang dilaksanakan oleh parti-parti anggota adalah untuk Melantik Penyelaras Parlimen.

“Walhal, perbincangan kita adalah untuk memperkukuh PN di peringkat akar umbi melalui pelantikan seorang penyelaras Parlimen di setiap Parlimen sebagaimana termaktub dalam Fasal 22, Perlembagaan Perikatan Nasional” katanya.

Walau bagaimanapun, Fasal 22, perlembagaan PN menyebut, Jawatankuasa Penyelaras Parlimen hendaklah mengandungi tiga wakil rakyat dari tiap-tiap parti angota.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAP Parti berbilang kaum

Nine state is expected to be hit by thunderstorm today