Penyanyi popular Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat melahirkan bayi lelaki iaitu anak kedua di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram,  pihak pengurusan Siti Nurhaliza (SNP) memaklumkan, bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan dengan kaedah pembedahan.

Menurutnya, “Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Jelasnya, “Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua meraka.

Tambahnya lagi, “Apa yang penting bagi beliau adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.”

Walau bagaimanapun, pasangan tersebut berterima kasih di atas doa keluaga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *