in ,

Penuhi permintaan peminat, Mira Filzah kongsi video di YouTube Bersama suami

 

Atas permintaan ramai peminat yang mahu menyaksikan perjalanan kehidupan pelakon Mira Filzah selepas bergelar isteri, buat pertama kalinya kisah itu dikongsi di saluran YouTube #EmirAmirah.

Mira, 27, berkata, video yang dikongsi itu hanyalah sekadar suka-suka bagi memenuhi permintaan peminatnya yang mahu melihat mereka bersama.

“Assalammualaikum dan hai semua, video pertama kami bersama. Kami buat keputusan untuk buat video ini kerana mendapat banyak permintaan daripada peminat.

“Ramai peminat yang mahu melihat kami ada saluran YouTube bersama tetapi video ini tidaklah selalu kami siarkan lagipun kami masih baru dalam hal ini,” katanya.

Mira berkata, diharap ramai peminat yang suka dan terus menyokong akan kehadiran YouTube #EmirAmirah.

“Tunjukkan kasih sayang dan sokongan anda kepada kami dengan melanggan dan memberi tanda suka terhadap video ini.

“Kami juga mengalu-alukan cadangan anda semua untuk video seterusnya,” kata Mira lagi.

Video berdurasi hampir 10 minit itu memperlihatkan Mira dan Emir melakukan cabaran saling mengenal antara satu sama lain.

Mereka juga turut berkongsi warna kegemaran masing-masing serta beberapa perkara mengenai kedua-duanya.

Mira dan Emir selamat diijabkabulkan pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 maut, 4 hilang kapal Dayang Topaz karam di Kuala Baram

Mohd Zaidi angkat sumpah ADUN Slim