in

Penolakan permohonan geran Afdlin Shauki bermotifkan politik-Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata, penolakan permohonan geran pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki Sebagai bermotifkan politik.

Baru-baru ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menolak permohonan geran Afdlin Shauki.

“Penolakan permohonan geran saudara Afdlin Shauki oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) amatlah mendukacitakan.

Penolakan ini bermotifkan politik dan alasan yang diberikan Finas bagi menafikan dakwaan tersebut amat cetek dan dangkal sama sekali.

Meski orang yang bertanggungjawab mengemudi Finas saat ini adalah orang politik, saya yakin isu ini dapat dilihat dan diurus tanpa pengaruh dan kecenderungan politik, tulisnya di Facebook miliknya.

Anwar Ibrahim menerusi kenyaataan di facebook turut menuntut Afdlin Shauki untuk dilihat dan dikaji semula.

“Saya tuntut permohonan oleh saudara Afdlin dilihat dan dikaji semula dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan, tulisnya lagi di Facebook.

Sebelum ini, Adlin Shauki dilaporkan tidak terkejut permohonan gerannya untuk penerbitan filem “Angle of Sandakan” ditolak kerana beliau baru-baru ini menyuarakan sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR).

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10161572129796840

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gubal undang-undang pun kena wajar dan munasabah-Khalid Samad

BPR Fasa 2 dikreditkan mulai 7 Mei ini