Kesan lumpur tinggalan banjir yang tebal selain kemusnahan harta benda mengingatkan peniaga premis bersebelahan Sungai Johor akan bencana banjir yang melanda kawasan itu pada tahun 2006.
Peniaga yang ditemui juga risau air Sungai Johor akan melimpah semula jika hujan lebat berterusan melanda semula daerah itu berikutan cuaca kembali mendung sejak semalam.
Mereka turut mengatakan banjir kali ini memberi impak besar kerana lumpur memenuhi semua gerai, memusnahkan stok perniagaan dan merosakkan peralatan menyebabkan kerugian antara RM4,000 hingga RM6,000 seorang.
Berita selanjutnya menyusul.