in

‘Penggunaan teknologi hijau dan penyelenggaraan untuk jangka masa panjang’- Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKPT), Zuraida Kamaruddin hadir memeriahkan majlis EdgeProp Malaysia’s Best Managed & Sustainable Property Awards 2021 yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya semalam.

Zuraida berkata, “saya melihat mereka bukan sahaja memfokuskan desain bangunan,sebaliknya menitikberatkan penggunaan teknologi hijau, dan penyelenggaraan untuk jangka masa panjang’.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta penganjur majlis anugerah EdgeProp Malaysia’s Best Managed & Sustainable Property Awards 2021 itu.

Menurutnya penganjuran majlis seperti ini, “usaha ini dapat meningkatkan tahap pemgurusan serta kelestarian hartanah di Malaysia di samping memberi pengiktirafan kepada pemaju-pemaju hartanah di Malaysia”.

Beliau juga berharap agar negara Malaysia dapat menjadi salah satu destinasi pelaburan hartanah yang terkemuka pada masa akan dating.

Beliau berkongsi gambar sekitar majlis tersebut, menerusi Facebook miliknya.

https://www.facebook.com/2006291752954147/posts/2959997594250220/

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tiga lelaki berjaya ditahan, curi elektrik melombong bitcoint

Polis nafi guru meninggal dunia kerana suntikan Vaksin COVID-19