in ,

Pengecualian caj RM1 ATM MEPS kekal

KUALA LUMPUR: Pengecualian caj RM1 di semua rangkaian ATM MEPS masih dikekalkan sehingga hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

“Bila pengecualian itu tamat, ia belum diputuskan Kementerian Kewangan. Setakat ini, nikmatilah faedah yang diberikan itu iaitu tidak perlu membayar caj RM1.

“Kita doakan, lagi lama lagi bagus tapi Kementerian Kewangan akan menentukan tamat tempoh atau tidak atau berapa lama ia akan dipanjangkan,” katanya pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai sehingga bila pengecualian caj RM1 di semua rangkaian ATM akan dilanjutkan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 lagi PKPD di Selangor

Tak Sangka Lokasi Menarik Ini Ada di Sekinchan