in

Pendaftaran untuk Vaksin perlu dipertingkatkan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ciapannya di Twitter berkata, pendaftaran untuk Vaksin perlu dipertingkatkan bagi memudahkan semua pihak.

Menurut beliau, kesulitan yang dihadapi oleh rakyat seperti pengemis mengejar vaksin. Tambahnya, hal ini bukan kali pertama berlaku.

“Ini bukan kali pertama rakyat dilayan sepertin pengemis mengejar vaksin.

“Kita perlu tingkatkan kemampuan pendaftaran untuk memudahkan semua,” tulisnya di Twitter.

Semalam dilaporkan seramai 300,000 individu berjaya membuat tempahan untuk mendapatkan suntikan Vaksin AstraZeneca (AZ).

Slot temu janji tersebut sudah penuh selepas kira-kira satu jam dibuka kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang kecewa kerana tidak berjaya melepasi pendaftran kerana mengalami beberapa masalah teknikal seperti gagal memilih negeri, pusat pemberian vaksin (PPV) dan Tarikh temu janji.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tajuddin confirmed receiving termination letter

Is our PM capable in managing our citizen?