in ,

Pemuda UMNO Pontian Mahu Zahid Undur

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Presiden UMNO melalui laman media sosial peribadi beliau.

Gesaan yang mendapat sambutan sebahagian pergerakan pemuda dan akar umbi itu, turut menggesa pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah terlalu lama dalam kepimpinan parti untuk berundur dan membuka ruang kepada generasi baru untuk memimpin.

Tegas beliau, pendekatan pemimpin mesti berubah mengikut arus zaman.

Jelasnya, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi mahu melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hukum saya.”

“Saya pejuang Umno, bukan pejuang individu. Kita nak yakinkan rakyat, jika undi 18 dilaksanakan, Umno akan dilihat lemah dan mereka (pengundi muda) beralih kepada parti lain.”

“Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik.”

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KPM Jangan Perjudi Nyawa Pelajar

Pemuda Seremban Mahu Zahid Berehat