in ,

Pemuda Seremban Mahu Zahid Berehat

Susulan gesaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Mohd Helmi Buang yang menggesa agar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan itu, giliran Ketua Pemuda UMNO Seremban Zool Amali Hussin untuk menyeru perkara yang sama.

Menurut Zool Amali, perkara itu telah lama disuarakan oleh ahli Umno di peringkat akar umbi terutama golongan muda.

Semalam, Mohd Helmi meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu kerana menurutnya pendekatan pemimpin perlu ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

“Saya senada dengan Ketua Pemuda Umno Pontian malah perkara ini sudah lama disuarakan dalam mesyuarat Umno cawangan, bahagian dan Pemuda bahagian di Seremban.”

“Saranan ini bukan kerana kami tidak hormat presiden Umno ataupun menidakkan keputusan pemilihan parti, tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi.”

“Kami tidak membenci presiden, cuma kami sayangkan Umno.”

Pergerakan yang mahu Ahmad Zahid berundur turut disuarakan Pergerakan Pemuda Bahagian dan Cawangan lain, antara Pemuda UMNO Cawangan Petaling Jaya Utara dan lain-lain.

Zahid pada 2018 pernah “bercuti” dan menyerahkan tugasnya, termasuk jawatan pengerusi Barisan Nasional (BN), kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pemuda UMNO Pontian Mahu Zahid Undur

DAP Persoal Kerajaan Mana Dana RM17 Bil Untuk Covid-19