in ,

Pemilik Big Blue Teksi mengaku tidak bersalah, dibenar ikat jamin RM2000

Pemilik Big Blue Taxi Services, Dato Shamsubahrin Ismail hadir ke Mahkamah bagi perbicaraan  atas pendakwaan pertuduhan kes rasuah hari ini.

Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut peguam Azfar Azmi, Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin.

“Mahkamah membenarkan anak guam saya diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin,”katanya.

Tertuduh diwakili oleh Peguam, Azfar Azmi, Zarina Ismail dan Dato Shaharudin ali.

Ahli Perniagaan itu, walaupun keadaan kesihatan yang kurang sihat dan mengalami komplikasi Paru-paru serta  masih perlu menjalani rawatan tetap hadir ke mahkamah bagi memberi kerjasama yang baik kepada semua pihak terutamanya pihak pendakwaraya, Mahkamah dan SPRM.

3 Ogos lalu, beliau didapati positif COVID-19 kategori empat dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh sehingga 11 Ogos lalu.

Kemudian beliau dimasukkan ke hospital Prince Court pada 12 Ogos sebelum dibenarkan pulang pada 23 Ogos lalu.

Akibat COVID-19 beliau mengalami komplikasi paru-paru dan masih perlu menjalani rawatan sehingga 6 September 2021.

Bagaimanapun, Hakim Rozina Ayub menetapkan 1 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PH harap Kabinet baharu komited selesaikan masalah COVID-19

PM umum pembentukan barisan kabinet baharu, tiada TPM