in , ,

Pembentangan Matlamat Utama RMKe-12

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini telah membentangkan matlamat utama mengenai Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), 2021-2025 di Dewan Rakyat, pada hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembentangan usul serta dasar penting mengenai RMKe-12 itu dibuat susulan menyedari akan cabaran dalam memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian RMKe-11, 2016-2020.

“Matlamat utama RMKe-12 antaranya, pertama, merangkumi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar disaarkan sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh 2021-2025.

“Matlamat kedua, purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira RM10 ribu sebulan pada tahun 2025 dan ketiga, jurang KDNK per kapita antara Wilayah Tengah dengan Sabah dikurangkan kepada nisbah 1:2.5 manakala Sarawak dikurangkan kepada nisbah 1:1.2 pada tahun 2025.

“Matlamat keempat RMKe-12 adalah mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Kaca atau Green House Gas (GHG) sebanyak 45 peratus kepada KDNK tahun 2030 dan berdasarkan intensity GHG pada tahun 2005 sejajar dengan Perjanjian Paris 2015,” ucap beliau di Parlimen.

Seterusnya beliau mengutarakan sembilan lagi fokus utama RMKe-12 antaranya; Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi; Memperkukuhkan Pemangkin Pertumbuhan; Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia; Memantapkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam serta Membasmi Kemisikinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan.

“Fokus berkenaan itu juga termasuklah; Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia; Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Kurang Membangun; Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau dan Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Memastikan Perlaksanaan Dasar yang Berkesan,” tambahnya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tujuh individu pusat judi atas talian ditangkap

Bina jambatan ketiga Pulau Pinang