in ,

Pemain sertai Terbuka Australia tidak lagi diwajibkan vaksin

Victoria – Semua atlet yang akan menyertai kejohanan tenis antarabangsa Terbuka Australia 2022, tidak lagi diwajibkan mengambil suntikan vaksin COVID-19, namun dikehendaki menjalani kua­rantin selama dua minggu.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, beliau memberi keizinan kepada pemain tenis yang belum divaksin memasuki negaranya bagi menyertai kejohanan edisi ke-108 tersebut.


“Peraturan akan dikenakan kepada semua individu. Tidak kira mereka itu juara Grand Slam, perdana menteri, ahli perniagaan, pelajar dan sebagainya.

“Setiap negeri akan me­netapkan peraturan kuarantin seperti yang semua sudah sedia maklum,” katanya.

Pengumuman Morrison itu bercanggah dengan ke­nyataan Menteri Imigre­sen Australia, Alex Hawke pada minggu lalu yang sebelum ini berkata, ­semua pemain yang akan menyertai kejohanan itu ­wajib lengkap dua dos vaksin.


Novak Djokovic antara pemain yang enggan menyatakan status vaksinasi beliau. Jaguh No. 1 dunia yang telah memenangi Grand Slam sebanyak 20 kali itu, akhirnya diberi lampu hijau untuk beraksi di Australia sekaligus mempertahankan gelarannya.

Terbuka Australia akan berlangsung pada 17 hingga 30 Januari 2022 di kompleks sukan Melbourne Park, Melbourne. Kejohanan selama dua minggu bakal disertai bintang-bintang terkemuka tenis moden antaranya Djokovic, Garbine Muguruza, Roger Federer dan Venus Williams.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Polis lupus dadah rampasan bernilai hampir RM40 juta

Khazanah dipercayai milik empayar Srivijaya ditemui nelayan Sumatera