in

Pelbagai alasan diberikan untuk membatalkan pelaksanaan Undi18- Haward Lee

Pelbagai alasan yang diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN), bagi membatalkan pelaksanaan Undi18 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Menurut Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan, Haward Lee, ‘Perikatan Nasional memandang anak muda sebagai ancaman politik.

Tambahnya lagi, ‘sekiranya pengundi berumur 18 tahun tidak dibenarkan mengundi pada PRU15, ia menunjukkan kegagalan kerajaan dari segi kehendak politik untuk melaksanakan amanah rakyat menerusi ahli-ahli Parlimen.

Jelasnya, Undi18 sudah termaktub dalam Undang-undang kerana Dewan Negara sudah meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Justeru, Undi18 harus dan wajib dilaksanakan pada PRU15 nanti, tambahan pula, pindaan tersebut sudah dilaksanakan hampir dua tahun yang lalu dan cukup masa untuk pelaksanaannya pada PRU akan datang ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SRC: Permohonan Najib Razak ditolak mahkamah rayuan.

Usaha pemulihan pasca COVID-19 dan Kerjasama dalam program vaksinasi-PM