in ,

Pelan komprehensif pembukaan persekolahan secara semuka akan diumumkan

Kuala Lumpur: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober ini.

Keputusan membuka sesi persekolahan itu dibuat berdasarkan penelitian lanjut termasuk mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KKM telah bermesyuarat semalam bagi memperhalusi perkara-perkara penting khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) sempena persiapan pembukaan sekolah secara bersemuka di seluruh negara awal bulan depan.

Mesyuarat itu dipengerusikan secara bersama oleh Radzi Jidin; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah; Pengarah Keselamatan Negara MKN, Tuan Hamzah Ishak serta pihak pengurusan tertinggi KKM turut hadir memberikan pandangan, cadangan dan maklum balas berdasarkan kepakaran masing-masing.

Menurut Radzi Jidin, kerjasama di antara kementerian-kementerian dan usahasama dengan masyarakat dalam waktu pandemik sebegini amat penting untuk digembleng bagi menghasilkan ketetapan SOP yang selamat buat semua, khasnya buat anak-anak kita.

“KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik dan satu pelan komprehensif mengenai pengoperasian sekolah berkaitan SOP terbaharu akan dibentangkan dalam masa terdekat yang diharap dapat melegakan kebimbangan ramai pihak terutamanya perasaan ibu bapa terhadap kesihatan anak-anak mereka,” tambah beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perbicaraan Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi di sambung hari ini

Jumlah kematian di kalangan penerima lengkap vaksin amat rendah